Kelas ICT – Kuiz Microsoft Powerpoint

3 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Februari 2024, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Kelas ICT bertajuk Microsoft Powerpoint kepada ahli-ahli PEDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk mengulangkaji peserta tentang alatan-alatan yang terdapat dalam Microsoft Powerpoint yang telah dipelajari dalam kelas-kelas sebelum ini.

Dalam kelas ini, peserta telah diminta untuk membuka laman web Wordwall dan mengklik kuiz Microsoft Powerpoint bertajuk Label Your Powerpoint. Mereka dikehendaki untuk menjawab kuiz Microsoft Powerpoint dengan dengan menandakan alatan dengan nama yang betul menggunakan template Labelled Diagram. Markah akan diberikan selepas mereka selesai memadankan perkataan dan gambar berkenaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali